MASA itu EMAS :)

Adakah Kita Seorang Kawan Yang Baik ?


Nak buat baik memang susah, kan… tapi peluang untuk berbuat jahat sentiasa terbuka luas. Sebab itulah jika ada peluang untuk berbuat kebaikan, jangan bertangguh atau berfikir patlima kali.
Buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain.
Ada beberapa watak atau sikap yang biasanya disenangai oleh kebanyakkan orang sekitar.  Tips ini mungkin boleh dijadikan panduan pada diri kita supaya dapat menjadi seorang kawan baik kepada seorang kawan.
Memahami perasaan dan sikap (perangai) – keupayaan kita memahami perasaan sediakala dan menerima seadanya diri dia bukanlah untuk mengubahnya. Memahami perwatakan teman kita dan menyesuaikan diri kita lebih baik dari cuba mengubah perangai dia mengikut acuan kita selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Sekiranya perlu untuk kita mengubah perangai dia, gunalah kaedah memujuk kerana kita tidak mampu , hanya dia yang dapat mengubah diri sendiri jika dia mahu.
Sanggup memberi lebih daripada apa yang diterima juga adalah satu sifat yang amat disenangi sebagai seorang kawan.
Saling mempercayai juga dapat mengukuhkan pertalian persahabatan. Kalau tidak percaya padanya, jangan meminta untuk dia mempercayai kita. Untuk buat orang percaya pada kita bukanlah mudah tetapi unutk buat orang tidak percaya bukanlah payah.
Kalau percaya usah curiga, kalau curiga usah percaya!
Satu lagi sifat yang baik untuk lebih disenangi oleh kawan-kawan adalah dengan mengelak dari menjadi pengkritik. Kritikan sering kali menjadikan seseorang itu defensif dan sedaya upaya untuk mempertahankan diri dan ini tentunya akan melukakan nilai dirinya, menjejaskan rasa kepentingan dan boleh menyebabkan teman kita kecewa.
Janganlah kerap mengkritik melainkan kita sedia untuk bertikam lidah. Kalau dah tak tahan sangat untuk mengkritik, gunalah cara berjenaka dengan lembut. Sedaya upada kita mengelak mengganggu emosinya kerana kecederaan emosi akan menjejaskan rasa kepentingan diri.
Kita berkawan mengikut keperluan-keperluan yang kita kehendaki, mengikut citarasa dan menepati piawaian kita sendiri jadi jangan keterlaluan berharap kawan kita itu dibentuk mengikut acuan kehendak kita.

orang selalu label orang tu sombong, orang ni sombong
sebenarnya tak de sapa pun yang sombong kalau orang tu tak memenuhi keperluan kita
kita ckp dia sombong sebab dia tak penuhi keperluan kita,
dia tak geng dgn kita, tapi dia geng dgn orang lain – dia tak ngam dgn kita tapi dia ngam dgn orang lain..ok lah tu….orang lain boleh ‘masuk’ dgn dia..kita yang tak leh ‘masuk ‘ dgn dia…

No comments:

Post a Comment