MASA itu EMAS :)

Ya, Saya Bangga Saya Muslim


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah daripada segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Daripada segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya barangsiapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Ya! Saya Bangga Saya Muslim.  Frasa ini tampak ringkas namun sangat mendalam maksudnya. Pernahkah terlintas di fikiran anda kata-kata seperti ini? Pernahkah anda menyatakan kepada teman-teman anda dengan ayat sebegitu? Mungkin ada yang pernah, namun kuantitinya mungkin boleh dikira.
Mutakhir ini, umat Islam seakan-akan hilang punca dan arah. Biarpun sejak lahir telah berstatus Islam namun ia tidak lebih sekadar paparan di muka hadapan kad pengenalan sahaja. Begitukah Islam kita?
Saudara Muslimku, bukankah kita patut berbangga dengan status Islam kita? Bukankah nikmat Islam itu adalah nikmat yang besar dan anugerah yang terindah daripada Allah? Tidak pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa kita manusia pilihan Allah untuk merasa nikmat Islam itu?
Kita seharusnya bersyukur dan merasa bangga menjadi seorang Muslim. Sebaik sahaja lahir ke dunia, kita telah pun dianugerahkan nikmat Islam. Tidak perlu bersusah payah menunggu taufik dan hidayah Allah sebelum memeluk Islam. Adakah kita lupa semua itu?
Cuba kita fikirkan sejenak bersama, bagaimanakah perihal mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam seperti kita? Mereka tidak mengenal Islam sejak kecil seperti kita. Tiada buku agama, tiada siaran ceramah, tiada gambar-gambar atau kisah sirah di hati mereka. Bukankah itu menyukarkan mereka untuk mendapat nikmat Islam?
Tidak seperti kita, mereka perlu berjuang untuk meraih taufik dan hidayah daripada Allah. Namun, sedarkah kita akan suatu hakikat yang nyata? Bilamana mereka yang bukan beragama Islam menerima taufik dan hidayah yang benar daripada Allah, kadangkala keislaman mereka jauh lebih baik daripada kita yang berbelas malah berpuluh tahun berstatus Islam.
Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T  bermaksud:
Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. (al-A'raaf:178)
Mungkin pernah terlintas di hati kita persoalan seperti "kenapa perlu bersusah-payah mencari hidayah jika hidayah diberikan oleh Allah?" Sebenarnya, kita sendiri perlu berjuang dan berusaha mendapatkannya. Hidayah itu boleh datang dalam pelbagai cara. Mungkin dengan menghadiri kuliah agama atau majlis ilmu, mungkin ketika mendengar nasihat teman yang baik atau mungkin juga sejurus selepas anda membaca artikel ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu di langit dan di bumi.
Perumpamaan hidayah atau petunjuk ini pernah digambarkan oleh Imam as-Sya'rawi bahawa hidayah itu adalah seperti diri kita yang sedang bertanyakan alamat rumah seseorang. Kemudian kita mencari orang untuk bertanya alamat itu kepadanya. Lalu, kita terus mengikut petunjuk itu hingga sampai kepada alamat rumah tersebut.
Bukankah sebentar tadi kita telah berusaha mencari orang untuk bertanyakan alamat? Begitulah halnya dengan hidayah. Perlu berusaha mencarinya sebelum ia datang dan memandu hidup kita kearah yang diredhai-Nya.
Saudaraku sekalian, sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita berbangga dengan nikmat ini. Tidak seharusnya kita merasa rendah diri dengan keislaman kita. Kembalilah dan masukklah ke dalam Islam seluruhnya. Sudah semestinya kita bukan Islam pada nama sahaja bukan? Berusaha dan berdoalah agar sentiasa dalam taufik dan hidayah Allah.
Katakanlah pada diri kita: Ya! Saya Bangga Saya Muslim.

Ramadhan Bulan Hidayah :)

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." (Al-Baqarah, ayat 183)
Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Ramadhan Bukan Hanya Menahan Lapar & Dahaga
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.
Taqwa Dan Hidayah
Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.
Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Tunjukilah kami jalan yang lurus.." (Surah al-Fatihah, ayat 6)
Memohon Hidayah Berkali-Kali Sehari
Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. 
"(Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Surah al-Fatihah, ayat 7)
Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.." (Surah an-Nisa', ayat 69)
Semarakkan Ramadhan Dengan Al-Quran
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya.
Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.
Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya.
Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.
Apabila Al-Quran Diketepikan
Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup.
Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union ,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam.
Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah.
Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.
Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.
Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.
Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.
Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

ultras malaya

logo Ultras Malaya

Jika kita lihat sekarang, peminat bola sepak Malaysia khususnya mula mengenali dan menyebut Ultra Malaya..
Aku sendiri teruja melihat mereka ketika di Stadium Bukit Jalil ketika Malaysia vs Singapura pada separuh separuh akhir pertama..dengan gendang serta nyanyian semangat mereka..

Ultra, berasal dari perkataan Itali, yang bermaksud 'di luar', atau dalam konteks penyokong, mereka yang menyokong dengan luar biasa. Atau dalam istilah remaja zaman sekarang, indie.


Ya, apabila anda berada dalam scene indie, anda tidak perlu menyorok ideologi. Segalanya disuarakan secara lantang. Ini kebiasaanya akan menyebabkan suasana sedikit rage dan agresif, apabila kedua-dua pasukan mempunyai penyokong Ultra masing-masing. Di England, golongan Ultra ini dipanggil Hooligan.



Jadi tidak hairanlah, gerakan Ultras Malaya ini bergerak secara underground. Malah, mereka mempunyai domain mereka sendiri, iaitu di ultrasmalaya.net. Dan tidak, Ultras Malaya bukanlah Harimau Malaya, satu lagi kumpulan penyokong pasukan bolasepak negara. Ultras Malaya lebih hardcore.


Kumpulan Ultras Malaya yang ditubuhkan pada 2007 ini, biasanya berkumpul dalam satu sudut di stadium, memakai baju kuning atau hitam, dengan skaf kuning hitam. Jika anda terlihat nyalaan bunga api (flare) di tempat duduk penonton, itu adalah sudut di mana Ultras Malaya berada.

Mereka akan diketuai seorang atau dua 'capo', iaitu ketua chants (lagu-lagu sorakan). Chants mereka adalah beberapa baris ayat ringkas (seperti di atas), dan sorakan ngauman harimau. Ini adalah sebagai alternatif kepada lagu 'Barisan Kita', yang dianggap sebagai terlalu common bagi mereka.


Dan tidak, mereka tak nyanyi lagu 'Bunga Raya bunga kebangsaan'.


Ultras juga, membeli tiket di stadium bukan untuk duduk. Mereka lebih gemarkan berdiri sebagai tanda sokongan yang ekstrim. Yang menariknya, Ultras Malaya memegang satu prinsip; menang atau kalah, mereka akan tetap berdiri di belakang pasukan negara. Jika bilangan mereka ramai, chants akan kedengaran sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan meskipun pasukan negara sedang tewas.

Lirik Lagu Ole-ole pahlawanku


"OLE-OLE…

OLE-OLE-OLE-OLE

BERJUANGLAH

PAHLAWANKU…
SATUKANLAH TEKAD SEMANGATMU
KAMI RELA… KORBAN NYAWA
DEMI DAULAT NEGARA TERCINTA"

nyalaan bunga api(flare) & asap yang kepol-kepol




 ahli ultra malaya bersorak


 suasana di luar stadium


 aku sampai sekarang pelik nape bendera nie terbalik??


tanah tumpahnya darahku!

ketua sorak
                                                                                                                                   

HANYA KERANA DIA


Hadirnya aku hanya kerana Dia,Bernafasnya aku hanya kerana izinNya, Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya.Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia
Hanya kerana Dia,Aku bisa menikmati keindahan dunia.Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa,Hanya kerana Dia,
Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.
altAku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..

Di Mana Posisi Cinta Mu ? =D

Semua orang boleh jatuh cinta serta melafazkan cinta , namun tidak semua drpd kita benar-2 mengerti mengerti serta memahami cinta yg terjalin itu .Oleh itu ,cuba kmu semak posisi cinta kmu :)

1.CINTA KILAT .
ciri-2 : mencintai seseorang itu krna tertarik pd rupa parasnya yg mnawan n sempurna :) 

2.CINTA MAINAN
ciri-2 :mempermainkan perasaan pasangan untk kesenangan dan kpentingan diri .

3.CINTA PERSAHABATAN
ciri-2 : ianya bemula dari sbuah persahabatan .Namun tnpa disedari lama-kelamaan perasaan yg menyenangkan timbul antara satu sama lain .Kedua-2 nya trasa sperti saling memerlukan lebih drpd seorang sahabat .

4.CINTA BUTA
ciri-2 :cinta yg sanggup berkorban ap shja tnpa mengharapkan sbrang balasan drpd pasangannya . Paling penting adalha dpt memiliki org yg di cintainya dan sentiasa dpt bersmanya shingga ke akhir hayat biarpun terpaksa merana . 










so korang :) yang berpasangan tuh JANGAN LHA BERGADUH-2 YEA  :) . peace ! ^_^


hidup seumpama buku :') . menerima seadanya ap yang berlaku :) . dan jgn lha sesekali korang melawan kekuasaan ALLAH :) . Jodoh sume di tangan ALLAH termasuk hidup dan mati :) . nyawa kita ibarat daun'daun yg segar dan tiba masa tuk gugur .  pki betul betul :) . so kat entri ny aku nak korang tgk video nyh oke . :) .




Sejenak



Susahnya belajar kalau bukan kerana Allah. :(

Apa-apa yang dipelajari semuanya hanya bertahan sementara sahaja.

Kejap-kejap ingat, kejap-kejap lupa . :(

Memang susah hendak belajar kerana Allah.

Tapi kena cuba dan sentiasa cubakan ?

InsyaAllah.

Ya Allah, ikhlaskanlah aku belajar kerana-Mu.



2:14

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Adakah Kita Seorang Kawan Yang Baik ?


Nak buat baik memang susah, kan… tapi peluang untuk berbuat jahat sentiasa terbuka luas. Sebab itulah jika ada peluang untuk berbuat kebaikan, jangan bertangguh atau berfikir patlima kali.
Buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain.
Ada beberapa watak atau sikap yang biasanya disenangai oleh kebanyakkan orang sekitar.  Tips ini mungkin boleh dijadikan panduan pada diri kita supaya dapat menjadi seorang kawan baik kepada seorang kawan.
Memahami perasaan dan sikap (perangai) – keupayaan kita memahami perasaan sediakala dan menerima seadanya diri dia bukanlah untuk mengubahnya. Memahami perwatakan teman kita dan menyesuaikan diri kita lebih baik dari cuba mengubah perangai dia mengikut acuan kita selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Sekiranya perlu untuk kita mengubah perangai dia, gunalah kaedah memujuk kerana kita tidak mampu , hanya dia yang dapat mengubah diri sendiri jika dia mahu.
Sanggup memberi lebih daripada apa yang diterima juga adalah satu sifat yang amat disenangi sebagai seorang kawan.
Saling mempercayai juga dapat mengukuhkan pertalian persahabatan. Kalau tidak percaya padanya, jangan meminta untuk dia mempercayai kita. Untuk buat orang percaya pada kita bukanlah mudah tetapi unutk buat orang tidak percaya bukanlah payah.
Kalau percaya usah curiga, kalau curiga usah percaya!
Satu lagi sifat yang baik untuk lebih disenangi oleh kawan-kawan adalah dengan mengelak dari menjadi pengkritik. Kritikan sering kali menjadikan seseorang itu defensif dan sedaya upaya untuk mempertahankan diri dan ini tentunya akan melukakan nilai dirinya, menjejaskan rasa kepentingan dan boleh menyebabkan teman kita kecewa.
Janganlah kerap mengkritik melainkan kita sedia untuk bertikam lidah. Kalau dah tak tahan sangat untuk mengkritik, gunalah cara berjenaka dengan lembut. Sedaya upada kita mengelak mengganggu emosinya kerana kecederaan emosi akan menjejaskan rasa kepentingan diri.
Kita berkawan mengikut keperluan-keperluan yang kita kehendaki, mengikut citarasa dan menepati piawaian kita sendiri jadi jangan keterlaluan berharap kawan kita itu dibentuk mengikut acuan kehendak kita.

orang selalu label orang tu sombong, orang ni sombong
sebenarnya tak de sapa pun yang sombong kalau orang tu tak memenuhi keperluan kita
kita ckp dia sombong sebab dia tak penuhi keperluan kita,
dia tak geng dgn kita, tapi dia geng dgn orang lain – dia tak ngam dgn kita tapi dia ngam dgn orang lain..ok lah tu….orang lain boleh ‘masuk’ dgn dia..kita yang tak leh ‘masuk ‘ dgn dia…

RINDU TIDAK BERTEMAN :')




Hati x perlu dipaksa utk menyayangi. . .hati x perlu dipaksa utk mencintai. .hati x perlu dipaksa utk mengerti. .sehebat apapun manusia, ia x mampu mgubah inginnya hati. Tuhan, lindungilah hati ini. Kuatkanlah hati utk menjaga kebenaran hati. . .kerana benar kata hati ini belum tentu benar dihadapanMU nanti. .sesungguhnya cuma Engkau yg mengerti. . 





i lonely now :')

 selalu fon aku mesty busy bunyi msg ngn mizcall si dia. tp skrg ,  senyap sunyi jea . :') .
  ku mencintaimu lebih dari nyawaku
bahagia kau pun dengan cintaku
sepakat mengikat janji untuk saling melengkapi
bagai fajar menjemput sang embun pagi

mengapa kau menghilang
menghindar dari cintaku
mengapa kau robohkan
dan meremukkan jantungku

sungguh kejam kau meninggalkanku tanpa perasaan
di kala hatiku merajai hatimu
ku mohon kau jelaskan padaku sebab apa kau meninggalkanku
bukankah kita berjanji untuk sehidup semati

kau pun begitu bahagia di pelukanku
hingga cinta kita bagaikan pelangi

mengapa kau menghilang
menghindar dari cintaku
mengapa kau robohkan
dan meremukkan jantungku

sungguh kejam kau meninggalkanku tanpa perasaan
di kala hatiku merajai hatimu
ku mohon kau jelaskan padaku sebab apa kau meninggalkanku
bukankah kita berjanji untuk sehidup semati :')



p/s: Bila putus cinta, jangan kecewa. Sepatutnya bertuah sebab Allah dah tunjuk yang si dia bukan pasangan yang sesuai untuk kita. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Bersyukurlah
kata
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah :)

p/s to : haydanazari <3