MASA itu EMAS :)

ultras malaya

logo Ultras Malaya

Jika kita lihat sekarang, peminat bola sepak Malaysia khususnya mula mengenali dan menyebut Ultra Malaya..
Aku sendiri teruja melihat mereka ketika di Stadium Bukit Jalil ketika Malaysia vs Singapura pada separuh separuh akhir pertama..dengan gendang serta nyanyian semangat mereka..

Ultra, berasal dari perkataan Itali, yang bermaksud 'di luar', atau dalam konteks penyokong, mereka yang menyokong dengan luar biasa. Atau dalam istilah remaja zaman sekarang, indie.


Ya, apabila anda berada dalam scene indie, anda tidak perlu menyorok ideologi. Segalanya disuarakan secara lantang. Ini kebiasaanya akan menyebabkan suasana sedikit rage dan agresif, apabila kedua-dua pasukan mempunyai penyokong Ultra masing-masing. Di England, golongan Ultra ini dipanggil Hooligan.



Jadi tidak hairanlah, gerakan Ultras Malaya ini bergerak secara underground. Malah, mereka mempunyai domain mereka sendiri, iaitu di ultrasmalaya.net. Dan tidak, Ultras Malaya bukanlah Harimau Malaya, satu lagi kumpulan penyokong pasukan bolasepak negara. Ultras Malaya lebih hardcore.


Kumpulan Ultras Malaya yang ditubuhkan pada 2007 ini, biasanya berkumpul dalam satu sudut di stadium, memakai baju kuning atau hitam, dengan skaf kuning hitam. Jika anda terlihat nyalaan bunga api (flare) di tempat duduk penonton, itu adalah sudut di mana Ultras Malaya berada.

Mereka akan diketuai seorang atau dua 'capo', iaitu ketua chants (lagu-lagu sorakan). Chants mereka adalah beberapa baris ayat ringkas (seperti di atas), dan sorakan ngauman harimau. Ini adalah sebagai alternatif kepada lagu 'Barisan Kita', yang dianggap sebagai terlalu common bagi mereka.


Dan tidak, mereka tak nyanyi lagu 'Bunga Raya bunga kebangsaan'.


Ultras juga, membeli tiket di stadium bukan untuk duduk. Mereka lebih gemarkan berdiri sebagai tanda sokongan yang ekstrim. Yang menariknya, Ultras Malaya memegang satu prinsip; menang atau kalah, mereka akan tetap berdiri di belakang pasukan negara. Jika bilangan mereka ramai, chants akan kedengaran sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan meskipun pasukan negara sedang tewas.

Lirik Lagu Ole-ole pahlawanku


"OLE-OLE…

OLE-OLE-OLE-OLE

BERJUANGLAH

PAHLAWANKU…
SATUKANLAH TEKAD SEMANGATMU
KAMI RELA… KORBAN NYAWA
DEMI DAULAT NEGARA TERCINTA"

nyalaan bunga api(flare) & asap yang kepol-kepol




 ahli ultra malaya bersorak


 suasana di luar stadium


 aku sampai sekarang pelik nape bendera nie terbalik??


tanah tumpahnya darahku!

ketua sorak
                                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment