MASA itu EMAS :)

Al-Quraan telah menunjukkan segala-galanya. Hanya kita sahaja yg sedar atau tidak. Tak boleh terlalu frust,sebab banyak lagi yg menanti kita kat depan. Hidup kan macam roda. Sekejap di atas,sekejap di bawah. Mungkin sekarang kita tak dapat apa yang kita mahu,tapi siapa tahu pada masa depan kan? Kan?



Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk makhlukNya
Bukan ditakdir untuk menyeksa

Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Saling memahami
Redha dengan kehendak Ilahi

Ya Rabbi auzi'ni an asykur ni'matakallati
An'amta 'alayya wa'ala walidayya

Wahai Tuhanku ilhamkanlah daku
Supaya tetap bersyukur atas nikmatMu
Yang Engkau kurniakan kepadaku
Juga kepada ibu bapaku.


*Hayati dengan mata hati.


Dalam hidup, kita akan sentiasa berdepan denga keadaan dimana kita perlu memilih satu antara dua. Itu sudah pasti. Kita mungkin tidak boleh mengambil kedua-duanya. Tetapi, setiap jalan itu pasti ada kebaikannya walaupun kita BUTA akan kebaikan itu. Kasihan manusia.


Kita boleh merancang dengan penuh teliti dan terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang

No comments:

Post a Comment