MASA itu EMAS :)

Lawak ? nak tahu , bace lha :) .

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.


Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?

Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

*

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah. 'Hati2 ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!' pesan Mak Andeh. Pak Pandir berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul2 di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, 'Kenapa Bang?' Pak Pandir pun menjawab, 'Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.'


 *

Kenapa Nobita dengan Doremon tak mau datang ke Malaysia
sebab
kat  Malaysia ada  GIANT


*

Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam mencadangkan mereka “mengenakan” orang yang bertanya tentang kedai mereka itu. Dol setuju saja — memang satu kepala dengan Sam. Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka. Dilihatnya kedai itu kosong saja, lalu Pak Pandir bertanya kepada mereka berdua, “Anak-anak ni jual apa?” Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun menjawab, “mangkuk hayun.”. Dol ketawa berdekah-dekah — kononnya kelakar le tu. “Laku jugak ye”, kata Pak Pandir pula. “Tinggal dua saja”, tambahnya sambil tersenyum dan berlalu

 *
Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.


Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!!kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.

Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa prancis)

Zidane yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.

Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Zidane!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

                     
Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”



*

Nama Jepun yang haru biru

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA
3. Yang bisu - KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE
5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO
6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI
. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA
8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI
9. Yang masih gatal - ICHI BAWA
10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA
11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

*

Jet Li walked into a pub in New York with his pal. He says to his pal: “Hey! That’s Steven Spielberg over there! God, I wish he’ll come over to say “hi”.


Spielberg suddenly walked over and gave the man a punch on the nose.

Li : “Hey!! What that’s for?!”

Spielberg : “You bloody Japanese killed my granddad when you bombed Pearl Harbour!”

Li : “I’m not Japanese! I’m Chinese!”

Spielberg : “Chinese, Vietnamese, Japanese, you’re all the same!”

Spielberg walks back to the other side. Then Jet Li calmly walks over to Spielberg and gives him a really heavy punch on the face.

Spielberg : “Hey! What that’s for….. !?!”

Li : “YOU BLOODY ASSHOLE! YOU SANK THE TITANIC!”

Spielberg : “No, I didn’t, an iceberg sank the Titanic!”

Li : “Iceberg, Carlsberg, Spielberg, you’re all the same!”

                                                         ~ End/Tamat~

p/s=post kali ini memang agak merepek.Maaflah kalau lawak di atas semua ini tak kelakar.Diubahsuai daripada yang terdapat di internet.Act,I'm not a joker and not born to be a joker. I'm a static and serious person.:P

No comments:

Post a Comment